UMMI AL-HIDAYAH : TADIKA & SAR

Laman Web UMMI AL-HIDAYAH : SAR & TADIKA Islam

LATARBELAKANG UMMI AL-HIDAYAH

PENGASAS UMMI AL-HIDAYAH

Diasaskan oleh Puan Hjh Siti Khadijah, TADIKA & SAR UMMI AL-HIDAYAH terus berkembang sehingga hari ini dalam melahirkan generasi Islam Rabbani bagi penduduk sekitar Taman Kuala Menggatal, Sabah. Hari demi hari, bulan demi bulan dan tahun demi tahun, perniagaan yang mulanya di asaskan melalui sebuah syarikat UMMI AL-HIDAYAH ENTERPRISE tanpa dijangka telah memberi banyak sumbangan kepada penduduk sekitar dalam pembangunan sahsiah diri dan roh Islam anak-anak kariah.

SEJARAH PENUBUHAN UMMI AL-HIDAYAH

UMMI Al-Hidayah ditubuhkan atas permintaan ibubapa yang menghantar anak-anak mereka ke Tadika Ummi, Taman Kuala Menggatal memandangkan tiada Sekolah Agama yang berhampiran, Sekolah Agama Negeri (SAN) yang ada berjauhan dan tidak dapat menampung jumlah murid yang ramai. Pihak pengurusan Tadika Ummi yang prihatin kepada masalah ibubapa yang mengharapkan anak-anak mereka mendapat pendidikan Agama mengambil langkah untuk memulakan kelas dengan jenama Al-Hidayah.
 
Memandangkan harapan ibubapa agar dapat menyambung pembelajaran anak-anak mereka dari peringkat tadika ke peringkat sekolah rendah agama, pada awal tahun 2003 SAR Al-Hidayah telah membuka satu kelas darjah satu sebagai permulaan di bangunan Tadika Ummi seramai lebih kurang 15 orang. Dua orang guru ditugaskan untuk mengajar kelas tersebut.
 
SAR Al-Hidayah ini menyediakan pendidikan formal kepada anak-anak yang layak memasuki darjah satu sekolah agama. Kurikulum SAR Al-Hidayah ini selari dengan Kurikulum Sekolah Agama Negeri (SAN), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS). Subjek yang diajar termasuklah Iqra, Al-Quran, Imlak, Tauhid, Akhlak, Feqah, Sirah, Khat, Tulisan Jawi dan lain-lain.
 
Sekolah Agama Rakyat (SAR) Al Hidayah,Taman Kuala Menggatal, merupakan sebuah sekolah yang menyediakan pendidikan lengkap peringkat rendah yang berumur 7 hingga 12 tahun, kepada anak-anak umat Islam khususnya anak dari kalangan ibubapa yang tinggal di sekitar Taman Kuala Menggatal dan Taman perumahan yang berhampiran. SAR ini berdaftar dengan pendidikan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah (JHEAINS).
 
Nama asal SAR Ummi Al-Hidayah adalah SAR Al-Hidayah.

OBJEKTIF UMMI AL-HIDAYAH

1. Melahirkan pelajar yang mengamalkan corak hidup berlandaskan Al-Quran dan As-sunnah.
 
2. Meletakkan Sekolah Agama Rakyat Al-Hidayah pada tahap yang dibanggakan oleh pelajar, guru, masyarakat setempat dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS).
 
3. Menekankan nilai Islam dan keikhlasan kepada Allah dalam melakukan apa sahaja tugas dan tanggungjawab.
 
4. Menyediakan pengetahuan dan keterampilan.

VISI UMMI AL-HIDAYAH

Ke Arah Sekolah Agama Rakyat Al Hidayah Cemerlang 2025

MISI UMMI AL-HIDAYAH

Melahirkan insan kamil yang seimbang duniawi dan ukhrawi yang bersahsiah tinggi selaras dengan tuntutan Islam, berbudaya ilmu, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri dan masyarakat selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan dan Wawasan kemakmuran Malaysia.

LOGO UMMI AL-HIDAYAH

SAR UMMI AL-HIDAYAH

TADIKA UMMI AL-HIDAYAH